Categories
Rahsia lelaki

😎😎 5 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN SEKSUAL LELAKI 😎😎

1) MAKAN MAKANAN YANG SIHAT

Ramai lelaki terkejut apabila mengetahui bahawa apa yang mereka makan boleh menjejaskan prestasi seksual mereka. Dengan makan makanan yang sihat yang kaya dengan nutrien dan rendah lemak anda dapat memastikan sistem seksual anda dalam keadaan yang baik. Makan banyak buah-buahan, sayur-sayuran, daging tanpa lemak, bijirin penuh dan susu rendah lemak.

2) SENAMAN YANG KERAP

Lelaki yang hanya banyak duduk tanpa melakukan senaman dengan masa dapati diri mereka bakal menghadapi masalah seksual. Dengan β€œbangun dan bergerak” anda akan mengambil peranan yang aktif dalam mengekalkan kesihatan seksual anda. Periksa dengan doktor anda dan kemudian mulakan program senaman seperti berjalan kaki, berbasikal, tenis atau apa sahaja yang anda dapati menyeronokkan.

3) BERHENTI MEROKOK

Ramai doktor bersetuju bahawa merokok boleh menjadi punca utama masalah seksual seorang lelaki. Kajian mendapati bahawa punca utama lelaki yang mengalami masalah mati pucuk adalah perokok dan bahawa merokok juga boleh mengurangkan jumlah sperma dan kualitinya. Merokok merosakkan arteri kecil yang membawa darah ke zakar menjadikannya sukar pada masa-masa untuk mengekalkan ereksi.

4) JANGAN MENGAMBIL ALKOHOL

Alkohol mengurangkan libido menyebabkan masalah ereksi dan sering kali mengurangkan keupayaan untuk mempunyai orgasma.

6) MELAKUKAN SENAMAN KEMUT

Biasanya ianya dikaitkan dengan wanita namun senaman kemut boleh meningkatkan tahap seksual pada lelaki juga. Senaman kemut adalah cara untuk menguatkan otot-otot yang menghubungkan pangkal zakar dengan tulang sulbi. Otot ini bertindak untuk mengawal aliran cecair melalui uretra, jadi dengan mempelajari bagaimana untuk mengawalnya anda boleh melambatkan pancutan air mani untuk meningkatkan orgasma anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *