Categories
Kesihatan Lelaki Rahsia lelaki

KEPERLUAN PENJAGAAN ANGGOTA KELAMIN

Ramai lelaki hari ini banyak mengabaikan kesihatan diri dek kerana sibuk dengan kerja dan tidak mengamalkan gaya hidup sihat.
.
Sebenarnya, wajib untuk lelaki menjaga kesejahteraan anggota kelamin dan ini termasuk melakukan pemeriksaan kendiri kepada anggota kelamin sekurang-kurang sekali sebulan secara teliti.
.
Penjagaan anggota kelamin termasuk mengelakkan diri daripada melakukan onani yang kerap. Bagi mereka yang kerap melakukan onani, kulit zakar akan kelihatan gelap dan berkedut serta ereksi tidak sekuat sebelumnya.
.
Sama juga dengan amalan mengurut zakar dengan segala minyak dan krim yang tidak mesra kepada anggota kelamin. Krim yang mengandungi bahan yang boleh mendatangkan alahan saperti extrak belacak, lintah, dhab, belut atau ikan lanang dan pelbagai lagi saperti gambir Sarawak,paprika dan minyak cengkir yang pastinya tidak menjalani ujian klinikal dan makmal yang kononnya boleh membesarkan zakar, sebenarnya boleh merosakkan kulit dan mengakibatkan alahan yang ketara.
.
Lelaki diluar sana perlu gunakan krim perapi yang telah diujikaji secara klinikal, selesa dan mesra anggota kelamin yang dapat membantu memantapkan fungsi zakar, jika itu yang anda kehendaki.
.
Yang penting ialah krim perapi anggota kelamin ini telah diujikaji dan mengandungi extrak tongkat ali dan beberapa extrak herba yang dikenalpasti mengandungi anti-oxiden, sesuai untuk tujuan itu.
.
Memang amalan membelai zakar untuk kesejahteraannya merupakan amalan lama yang pernah dikaitkan dengan Imam Al-Nawawi.
.
Beliau menyatakan bahawa anggota kelamin jika tidak digunakan, tak berguna dan jika dijaga dengan membelai dengan niat penjagaan, maka ia dapat bantu memantapkan anggota itu.
.
Penjagaan anggota kelamin juga melibatkan pakaian dalam yang selesa supaya anggota itu tidak tertekan atau tertindih.
.
Amalan menindik dan menanam guli kebawah kulit zakar, amalan songsang yang boleh merosakkan zakar.
.
Sama juga dengan melakukan suntikan kebawah kulit zakar,kononnya untuk tujuan membesarkan zakar, kesudahannya merosakkan zakar akibat keradangan sistem lifatik (macam penyakit untut).
.
Pendek kata penjagaan anggota kelamin lelaki yang baik dah tentunya memberi kebaikkan dan kesempurnaan kepada anggota itu dan ini termasuk pencegahan dari jangkitan penyakit kelamin ( akibat seks rambang) dan rujukan doktor jika berlaku sesuatu kepada anggota kelamin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *